Aku nak tengok !!!!!!!!

•November 30, 2006 • 2 Komen

 

 

Filem yang sedang hangat dicanang-canang ketika ini.”CINTA” bukan main lagi iklan promo kat TV sampai juleng biji mata aku tengok.Maklumlah 5 kisah CINTA,1 cerita,10 Bintang.Tak sabar nak tunggu hari minggu neh,sebab ikut plan adik hipor aku Ana dia nak ajak aku dengan bie sekali ke JJ.Lepas tengok movie terus antar bie aku ke kem.So dalam ertikata laen sambel menyelam minumlerrr air.Yang membuatkan aku teruja nak tengok citer neh adalah ungakapan yang Dato’Rahim Razali sebutkan tu,sebab bie sker sebut-sebutkan.“ISTERI BUKAN HAKMILIK TAPI ANUGERAH”One more lagu Nuar zen nyanyi tu best larrrr…

 

Lagu Best….

•November 29, 2006 • 1 Komen

 

Pernah tak korank rasa tersentuh sangat-sangat dengan lagu-lagu yang sering berkumandang dalam radio ke kat mana-manalah yang korank dengar?Emosi aku sedikit tercuit bila menghayati lagu Rossa bertajuk

“Aku Bukan Untukmu”

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku…

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku…

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu…

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku…
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku…

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku…

Sebenarnya lagu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita,bukan sahaja ianya satu santapan halwa telinga bagi kita namun adakalanya alunan muzik itu akan menyegarkan dan memberangsangkan otak dan kecergasan kita.Lagu juga sebenarnya adalah susunan melodi yang bersendikan penceritaan dalam kehidupan sehari-hari manusia.Tidak hairanlah kalau kita mudah teremosi dengan sesuatu lagu kerana barangkali alunan melodi itu berjaya memperzahirkan kegembiraan , kesyahduan mahupun kesedihan dalam kehidupan kita.Lagu mana yang korank rasa mampu menyentuh hati korank di saat ini?Tentu ada cerita di sebaliknya,bukan begitu????

 

Gambar-gambar yang dijanjikan….

•November 29, 2006 • 3 Komen

 

Inilah gambar aku masa aku bersanding di Johor,rumah bie aku pada 11/11/2006 yang lepas.Harap korank jangan arr kutuk aku sebab aku nyerr  body cutting memang agak berisi sket (chubby) dengan kata yang agak sesuwei lagi maha sedap dipanggey  ”MONTEL”Masa nak bergambar ni kurang la ketar lutot aku tak macam majlis di rumah aku kat Melaka,gambar kat Melaka aku lum siap poses lagi sebab aku lum berkesempatan balik sana,

eeeee…..gemoknyerr aku!!!!Wakakakaka…

1

neh korank tengok arr lagi 1 pic yang jelas memaparkan “kemontelan” aku,aikss apasal lerr pakcik sebelah neh kemain siyes je muke dia,kikikikikiki…

Uwaaaaa…Penat !Letih badan aku dibuatnya bila disuruh buat posing macam-macam.Aku neh dahla sihat berpeluh-peluh aku dibuatnya.Tapi tak apalah,sekali seumur idop so aku masih lagi terdaya melebarkan senyuman aku yang tak berapa nak cantek tu nak bagi nampak hepi.Tapi memang hepi pun sebenarnya.Ini seb baek aku tak tukor baju ,yelah nak melaram tukor baju pakai baju macam-macam pun aku sedor diri aku neh uhuk..uhuk..uhukkk uhukk..uhuk..uhukkk

(tak sanggup nak taip lagi)

KITA MINUMMMMM DULUUUU !!!  neh masa aku tibe depan umah bie,penat aku berarak agaknyer derang kasik aku minum kira macam sambut aku la tu,adat orang jawa sana kotsss,hihihi…

 

Tibe je depan rumah tu aku tengok dah ada kusi,lawaks betui.Dah tu ada pulak orang bersilat,bukan maen lama dia bersilat.Aku dah senak tahan perut yg lapar dari pagi aku tak sempat makan sebab masa nak bekpes mak andam dah mai,punyerla azab sengsara seb bek aku tak fengsan.Kira ketahanan badan aku berkualiti lagi lerr wakakakaka…

ini gambar aku dan bie serta saudara mara aku.Mak aku yang berdiri 2 dari kiri (apasal la muka mak masam) manakala adik aku lak yang sempat tido pakai baju kebaya biru kat depan tu.Baby yang kecik cinonet tu tak lain tak bukan anak sedara aku si Aizat.Dipakaikan jeans tah camana aku baru pasan dia pakai pampers je.Wakakakaka…lawaksss..

ini pulak family bie aku.Mak dengan abah mertua aku tarak sebab derang bizi kat luor umah.Sorang lagi adik ipor aku adik Ella tak ada sebab dia tengah exam SPM.Yang lelain ada,cehh macam baju UMNO la pulak aku tengok derang neh.Hihihihi…..

Aku sempat lagi katup mata atas pelamin.Ampes punya gambar,leh pejam mata la pulak…

 

Cer korank tengok muke poyos aku,itu sebenarnya muka LAPARRRR yang amat sangat,ini masa sesi makan beradab.Buah-buah yang berukir-ukir tu bie aku dengan biras aku Si Awang yang bikin.Almaklumlah derang kan terer bab-bab masakan.Iron Cheflah katakan…Emmmm…lazatnyerrrr!!

 

ini dia merah menyala kek kawen aku.Aku nak makan pun takot !!Lawakss betui.Thanks la pada adik hipor aku YATI dengan somi dia Si Awang yang sponsor kek yang cantek ni.Murah rejeki korang nanti hik..hik..hik..Kek ni kalau dia punya decoration text tu kaler puteh sure cantek kan?Nama aku dengan bie tak nampak jelaslah atas kek tu.Apapun sodapp kek ni.

 

Kemalasan berganda-ganda…

•November 21, 2006 • 4 Komen

Aku setat keja arineh,masuk shift pagi.Ya Rabbi…malasnyaku rasa arineh.Dah 2 malam aku takleh tido,leh sasau kalau lelama macam neh,bie cepatlah balikk…awatla ari sabtu neh lambat sgt…Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

 

Windu giler…

•November 18, 2006 • 3 Komen

 

1

Lepas ari raya arituh aku langsung tak updated blog neh sampailah aku selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki.Punya serabut idup aku sampai aku langsung tak jenguk blog neh.Alhamdulillah 5/11/2006 aritu aku dah selamat jadi raja sehari,macam tak percaya seh.Macam mimpi je rasa.Hari ni hari ke 14 aku bergelar binik orang wakakakaka lawakss…Nanti arrr aku tepek gambor aku bersanding arituh, aku rasa muke aku macam tepong gomak arr ala ala opera cina..p.s Malam neh gi cc sama dgn bie & adik ipor aku si Nina… 

 

Esok raya beb…

•Oktober 23, 2006 • Tinggalkan Komen

 

Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua kawan-kawan” Aku beraya di opis di pagi raya sedih tak tau nak cakap pe,tapi aku dah terbiasa keadaan macam ni.Moga Aidilfitri tahun ini akan memberi 1001 keberkatan buat anda semuaaa……

Pandu cermat di jalanraya.Ingat org tersayang!

 

Demam la pulak..

•Oktober 18, 2006 • Tinggalkan Komen

 

Demam sesema la pulak.Bila demam mula la saket-saket badan.Bertambah demam bila cuti raya tak dapek.Alamatnya beraya di opis la.Selsema sampai berair2 mata aku.Nak demam-demamlah jangan masa aku sandeng nanti ataih pelamin aku demam lagi.Raya tak beberapa lama lagik.Syahdunya rasa.Duit bonus ada lagi dlm wallet.Tak berusik.Tak satupun persiapan raya aku beli,semuanya pasal preparation nak kawen ni.Aku saja je kuarkan duit tunai banyak2 sebab malas nak micit ATM lagik.Paham-paham je la taim gaya sumua nak fakai fulussss….

 

Pijal kena transfer…

•Oktober 7, 2006 • Tinggalkan Komen

Pijal kena transfer.Arahan pertukaran bil 139/06 tu aku baca dalam e-siar.Boring betul aku jadinya,dia kena pindah sentul.Pas ni sure susah dia nak online.Apapun arap-arap pijal akan dikekalkan dalam unit IT.Moga-moga rayuan Tuan KPPJL  berjaya.

So sad!!

 

Berita….

•Oktober 3, 2006 • 5 Komen

  

Pegawai, anggota polis lesapkan RM750,000 disiasat

Oleh Ruhaidini Abd Kadir

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Seorang pegawai berpangkat Inspektor Percubaan dan enam anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor yang didakwa melesapkan wang rampasan bernilai RM750,000 disiasat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz memberitahu Utusan Malaysia, siasatan itu dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

‘‘Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan menyiapkan siasatan ini secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes pegawai dan anggota polis yang dilapor melesapkan wang rampasan RM750,000 yang dirampas pasukan berkenaan dalam satu operasi di sebuah rumah pengedar dadah di Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor.

Dalam serbuan yang dilakukan di rumah pengedar berusia 40 tahun itu pada Jun lalu, pasukan terbabit didakwa menemui kira-kira RM550,00 yang disorok dalam siling manakala selebihnya dalam sebuah meja.

Wang yang tidak dilaporkan itu didakwa telah diagih-agihkan di antara pegawai dan anggota yang terlibat, bagaimanapun perkara itu didedahkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan jumlah agihan yang diterima.

Ditanya mengenai tindakan lanjut ke atas pegawai dan anggota yang terbabit, Mohd Najib memberitahu, ia bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.

‘‘Kita sedang melakukan siasatan terperinci, termasuk menyiasat sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

‘‘Setakat ini, tugas kesemua mereka yang didakwa terlibat tidak digantung sehingga keputusan mengenai siasatan diperoleh,’’ ujarnya.

Bagaimanapun kata Mohd Najib, polis tidak akan melindungi mana-mana individu dalam pasukan itu jika terbukti mereka melanggar undang-undang.

sember :Utusan online

Aku tak dapat nak selindungkan kesedihan apa yg berlaku pada adik angkat aku pasal kes ni.Terasa macam baru semalam kenal dengan dia.Apapun sure dia kena buang keja nanti.Itu kata-kata orang laen la termasuk my boss.Tak tahu nak komen pebender dah.

Berita buruk

•September 28, 2006 • 2 Komen

 

Tengah sembang2 dengan boss kat opis tibe2 dia bukak cerita tentang kes penangkapan beberapa anggota sabit 409 kk di JB.Yang memeranjatkan aku tu adik angkat aku sekali kena tangkap dengan D9 Bukit Aman dengan beberapa org APR dan ada pegawai kanan sekali.

Aduhai.Aku sedih sangatlah.Sebab dia tu adik angkat aku dan memang rapat cuma sekarang ni sejak dia dah “kaya” ni dia mana nak ingat aku.Aku cuma kesiankan hubby dengan son dia.Kecik lagi anak dia.Try call abe di Muzium tapi tak hangkat lak makcik neh.

Tahlah.Kadang-kadang aku bersyukur dengan situasi keja aku skang ni.Tak banyak risiko yg aku kena hadapi.Macam adik angkat aku ni ,aku gerenti kes dia ni akan menyebabkan dia akan menanggalkan unipom keja dia.Bagi aku biar pun aku kira tahap misekin pakai handset tebal-tebal pakai alat solek cokia-cokia asalkan tu dari gaji aku yg bersih.

Sedih looo…..sedihhh….