Cerita tentang hujan

Hujan tak berhenti² dari awal pagi tadi hinggalah saat jejariaku menaip blog ni.Sejuknya sampai ke tulang hitam dah lah tu lapar sungguh aku rasa.  Waktu aku memasang telinga menangkap bunyi titisan hujan yang jatuh di simen kaki-lima ofis aku ni.,aku pantas teringat sesuatu . Kalau diimbas balik  8 tahun yang lalu aku adalah seorang  gadis biasa yang tinggal di tengah² kota metropolitan KL.aku teringat semua kesusahan,kepayahan dan semuanya menyebabkan aku teringin menitiskan airmata sekali lagi. Diwaktu hujan begini aku masih lagi merayau² dengan seorang teman bernama LIN pergi mencari kerja hingganaik lenguh seluruh lutut dan sendi² kaki kami.  Diwaktu hujan begini aku bersama LIN hanya mampu memandang mereka² menikmati hidangan enak di depanMc’d Central Market dengan enak dan lahapnya. Di waktu hujan beginilah.Di kala aku menatap satu² butirhujan yang jatuh di kaki –lima sambil orang ramai lalu-lalang di hadapan kami. Hujan yang turun tidak berhenti² menyukarkan kami untuk bergerak mencari peluang pekerjaan.Hujan yang lebat itu juga menyebabkan perut kami enak berkeroncong danhujan yang  lebat itu sudah semestinya membasahi tubuh kami hingga kami seharian kesejukan dan kedinginan lalu kami kemudiannya demam. Hujan itu satu rahmat buat semua kehidupan di atas mukabumi ALLAH TAALA. Hari ini, setelah 8 tahun berlalu,aku masih lagi merasai kesejukan dan kedinginan hujan di luar sana.Masih lagi telingaku dapat menangkap dengan jelas bunyi rintik²hujan jatuh ke simen kaki-lima ini,dan aku panjatkan kesyukuran kepadamu Ya ALLAH,hari ini aku tidak perlu lagi berjalan kaki mencari kerja,hari ini aku tidak lagi berlapar seperti dulu² dan hari ini aku tidak lagi berdiri di tengah² lalu-lalang orang menatap tiap² butir hujan yang jatuh di depanku. Hujan oh hujan,bilakah kau mahu berhenti. 

~ oleh bono201 di Disember 19, 2006.

Tinggalkan komen