•Januari 19, 2007 •
Tinggalkan Komen
Salam Maal Hijrah 1428….
Buat rakan² blog yang diingati… Semoga tahun baru memberi
lembaran baru pada semua… Ameen… Umur meningkat lagi…
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Januari 2, 2007 •
1 Komen
Banyak suka duka tercatat di dada mu banyak himpunan kisah² trajik banyak himpunan kisah² lucu dan juga meninggalkan kemanisan dalam hidupku… Selamat Datang 2007!!Moga kau memberi sinar dlm hidupku moga juga
kan tercatat pelbagai kisah lebih manis di dadamu kali ini ” Untuk semua kawan² blog hope this new yearshall bring the more joy and happiness Insya Allah “
-bono-
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 21, 2006 •
4 komen
JB hujan.Hujan tak henti² sampaikan banjir.Kampung aku kat Melaka pun banjir.Bie mebi tak balik esok sebab jalan ke Ulu Tiram dan Kota Tinggi banjir,air naik paras pinggang,
GAMBAR BANJIR
KOTA TINGGI…

Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 19, 2006 •
Tinggalkan Komen

Hujan tak berhenti² dari awal pagi tadi hinggalah saat jejariaku menaip blog ni.Sejuknya sampai ke tulang hitam dah lah tu lapar sungguh aku rasa. Waktu aku memasang telinga menangkap bunyi titisan hujan yang jatuh di simen kaki-lima ofis aku ni.,aku pantas teringat sesuatu . Kalau diimbas balik 8 tahun yang lalu aku adalah seorang gadis biasa yang tinggal di tengah² kota metropolitan KL.aku teringat semua kesusahan,kepayahan dan semuanya menyebabkan aku teringin menitiskan airmata sekali lagi. Diwaktu hujan begini aku masih lagi merayau² dengan seorang teman bernama LIN pergi mencari kerja hingganaik lenguh seluruh lutut dan sendi² kaki kami. Diwaktu hujan begini aku bersama LIN hanya mampu memandang mereka² menikmati hidangan enak di depanMc’d Central Market dengan enak dan lahapnya. Di waktu hujan beginilah.Di kala aku menatap satu² butirhujan yang jatuh di kaki -lima sambil orang ramai lalu-lalang di hadapan kami. Hujan yang turun tidak berhenti² menyukarkan kami untuk bergerak mencari peluang pekerjaan.Hujan yang lebat itu juga menyebabkan perut kami enak berkeroncong danhujan yang lebat itu sudah semestinya membasahi tubuh kami hingga kami seharian kesejukan dan kedinginan lalu kami kemudiannya demam. Hujan itu satu rahmat buat semua kehidupan di atas mukabumi ALLAH TAALA. Hari ini, setelah 8 tahun berlalu,aku masih lagi merasai kesejukan dan kedinginan hujan di luar sana.Masih lagi telingaku dapat menangkap dengan jelas bunyi rintik²hujan jatuh ke simen kaki-lima ini,dan aku panjatkan kesyukuran kepadamu Ya ALLAH,hari ini aku tidak perlu lagi berjalan kaki mencari kerja,hari ini aku tidak lagi berlapar seperti dulu² dan hari ini aku tidak lagi berdiri di tengah² lalu-lalang orang menatap tiap² butir hujan yang jatuh di depanku. Hujan oh hujan,bilakah kau mahu berhenti.
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 16, 2006 •
1 Komen
Aku baru terima satu kiriman pos ekspress.Rupanya kiriman dari Abe,sahabat baik aku.Alhamdulillah Abe pun dah sampai serunya.Aku tiba² tersenyum sendiri bila teringat kembali zaman kegemilangan kami 7 tahun dulu.
Aku hanya mampu menatap kad undangan abe yang cantik.Purple theme.Doaku semoga Abe sentiasa bahagia melayari bahtera rumahtangga bersama lelaki pilihannya Yusnadi Bin Md Yusuf.Nampaknya hajat aku nak menjejakkan kaki ke Jalan Masjid,Kg Tujuh,Tumpat Kelantan tak kesampaianlah,ye.Moga bahgia abe, ingat aku sokmo…
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 15, 2006 •
Tinggalkan Komen

Malam tadi aku merajuk dgn bie.Tengah syok tengok Titanic tibe² telefon rumah mak mertua aku bunyik.So adik ipar aku Amy angkat,aku ingatkan siapa.Rupanya bie aku.Haram dia tak panggil aku ke apa ke.Then aku sms dia…
“ amboi, call rumah tak panggil org pun”
then dia reply
“ sorri yang abg antar sms tak bls ingatkan dah tidur”
actually aku terleka tgk Titanic pulak tu handset pasang vibrator je mana aku nak dgr sms dia masuk.Aku dah mula kecik ati sgt²
then aku reply lagi sms dia. “ Tak apalah , gudnite,assalamualaikum” masa tu aku tahan je jangan ujan sebab aku tengah tengok titanic dgn adik ipar aku sama biras aku kan,so nanti apa dorang kata bila nampak aku ujan.
A few minutes later bie balas… “ Kenapa ni yang, tak apalah kalau marah abg.Bye”
Aku terus je masuk bilik aku even titanic belum abis.At last aku ujan dalam bilik je.Sampai hari ni dari pagi membawa ke saat aku menaip blog ni dia HARAM tak sms aku.
Biarlah.Aku nak berdiam diri je.
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 10, 2006 •
Tinggalkan Komen

Well, it rained and rained today but it did not dispel my spirits also my mood. I refuse to let any thing or any one get in my way. Life is but a wiff of air and can be snuffed out at any given moment. I have a full list for 2007 coming soon.What is the point of wasting my time or thoughts on another is the other could not care a less!!
Not a smart move emmmm!!! Bie dah balik ke JB semula.Tak puas bermanja!Kesian aku!!!
Dikirim dalam DIARI HARIAN
•Disember 1, 2006 •
4 komen


Tengah masak dengan mak mertuaku around jam 12 tengahari, kami diberitahu berita gembira akak hiporku yang peknen yakni Kak Linda telah selamat melahirkan seorang baby lelaki yang amat sihat dan semangat.Aku agak berat dlm 3.8 kg le.Dah agak dah mebi Kak Linda akan dapat anak lelaki ,maklumlah dia tak scan aritu.Dalam family sebelah bie aku,baby ni kirakan cucu ke-2.
Aku bila lagi arrr?Awal benor nak menjangkakannya…
Dikirim dalam DIARI HARIAN